This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Saturday 29 March 2014

Amar bin Tsabit : Syahid Selepas Bersyahadah

Amar bin Tsabit : Syahid Selepas Bersyahadah


Segala-galanya sudah diputuskan . Hati sudah nekad dan niat sudah bulat . Biar apa pun yang terjadi , pergi tetap pergi. Berpantang maut sebelum ajal. Gendang peerang sudah pun dipalu . Rasulullah SAW sedang bersiap diri untuk  menyahut bunyi paluan itu . Gemanya beralun memenuhi ruang angkasa . Kemudian menjauh dan terus menjauh dibawa terbang dek deru angin padang pasir hingga ke lereng-lereng perbukitan di dataran Uhud. Di sanalah medan tempurnya. Rasulullah SAW melemparkan pandangan ke arah sekumpulan sahabat yang sedang menunggu Baginda. Daripada warna wajah mereka , secalit pun tidak terlukis bayang-bayang takut atau cemas . Tiada apa yang perlu ditakutkan kirannya bunyi semboyan perang itu adalah suara-suara lambaian sang bidadari di taman Syurga.

"Salam ke atas engkau , wahai Nabi Allah ," ucap satu suara tiba-tiba. Rasulullah SAW lantas berpaling . Air muka baginda sedikit bertukar , seketika. " Untuk apa engkau ke mari , wahai Amar bin Tsabit ? " Rasulullah SAW mengaju pertanyaan. " Wahai nabi Allah, aku meminta belas ihsanmu . Islamkan aku, " kata Amar sungguh-sungguh . Tuntutan itu mengejutkan Rasulullah SAW . Namun baginda menyambut dengan senyum kesyukuran. Apabila Allah SWT melimpahkan taufik dan petunjuk-Nya ke dalam hati seseorang hamba-Nya, mudah sahajaa berlaku perubahan meskipun mendadak dan tidak pernah terduga oleh sesiapa. Amar bin Tsabit terkenal sebagai seorang yang angkuh . Berasal dari Bani Asyhali. Ketika kaumnya berbondong-bondong  masuk Islam , Amar menjauhkan diri . Walhal , Saad bin Muaz, tokoh terkemuka Bani Asyhali juga menerima seruan Rasulullah SAW. Medan Uhud menyaksikan kehebatan Amar bin Tsabit berperang sebagai pahlawan yang baru dianugerahi bintang ke-Islaman. Penganugerahan yang dibuat pada saat-saat yang agak genting, sebentar sahaja sebelum berangkat ke medan perang ternyata mendatangkan keuntungan kepada tentera Muslimin.

Namun begitu , Amar bin Tsabit r.a tidak sempat meyaksikan babak - babak akhir peperangan . Maut terlebih dahulu datang menjemputnya . Amar gugur sebagai seorang syahid . Apabila berita kematian Amar disampaikan kepada Rasulullah SAW, Baginda menjawab " Amar akan berada di syurga." Iman yang baru sahaja bertunas di dalam jiwa Amar telah menjadikan laluannya menuju Allah SWT sangat selesa, aman  dan tenteram . Demikianlah kesan dakwah Rasulullah SAW , seorang yang baru sahaja beriman tidak teragak-agak menyerahkan diri sepenuhnya kepada perjuangan Islam. Kisah Amar bin Tsabit ini sungguh menarik dijadikan iktibar, mendorong Abu Hurairah r.a melontarkan soalan mengenainya kepada sekumpulan kaum Muslimin . " Cuba kamu katakan kepadaku , siapakah yang masuk syurga sedangkan dia tidak pernah solat kepada Allah walaupun sekali ?" " Jika kamu tidak menjawab , aku akan beritahu , " kata Abu Hurairah lagi apabila pertanyaannya tidak disambut . " Dia ialah Amar bin Tsabit bin Waqsy. "

Dzikir untuk menghilangkan rasa marah

Dzikir untuk menghilangkan rasa marah


" Aku berlindung diri dengan Allah dari syaitan yang terkutuk , ya Allah ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku, dan lepaskanlah akan daku dari syaithan yang terkutuk. "

Menurut riwayat Al-Bukhary Muslim, Nabi SAW mengatakan kepada seoarang sahabat setelah melihat orang itu telah memuncak kemarahannya. Saya mengetahui suatu kalimat, sekiranya dibacakannya, hilanglah kemarahanmu yaitu : "Ta'awwudz ini. "

Menurut riwayat Ibnu Sunny, ' Aisyah pada suatu hari marah, maka Nabi SAW bersabda kepadanya : " Ya Uwaisy , bacalah olehmu dzikir ini, supaya hilanglah marahmu." ( Al Adzkar : 132 ).

Hukum Amalan Khurafat di Pulau Besar

Amalan Khurafat di Pulau Besar


Muzakarah telah memutuskan fatwa mengenai Kedudukan Amalan Khurafat di Pulau Besar Melaka yang diadakan pada 3-5 Februari 2014 dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke 105 bahawa:

Amalan dan perbuatan Ghuluw seperti bertawassul,berdoa, bermeditasi, dan memohon hajat di sisi kubur yang ada di sekitar Pulau Besar boleh membawa kepada syirik.

Memuja kubur Tujuh Beradik, kubur Syarifah Rodziah, kubur Syeikh Yusuf, kubur Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail, kubur Tok Janggut, Batu Belah, Gua Yunus, Tempayan Pecah, perigi Nenek Kebayan, tasik bunian, kubur Nenek Kebayan, tasik biawak dan pokok disula untuk mendapatkan bantuan adalah syirik.

Handphone : Samsung GALAXY Note 3


Ciri-ciri Produk

Design Premium 



Design Premium


Galaxy Note 3 merupakan evolusi terkini produk Samsung yang berevolusi dari Samsung Galaxy Note 2 kepada Galaxy Note 3. Mempunyai keupayaan yang melebihi jangkaan anda.  Dilengkapi dengan penutup kulit yang lembut di belakang telefon yang berfungsi sebagai perlindung daripada calar dan retak.


Air Command


Dengan S Pen hidup akan lebih mudah dan teratur.Letakkan mata pen pada skrin dan klik  butang pen untuk mengakseskan 5 kegunaan S Pen :

Air Command

Action Memo : Aktifkan memo anda serta-merta 
Buku skrap:  Menguruskan maklumat penting dalam hidup anda
S Finder:  Mencari maklumat dari telefon ke web
Pen Tetingkap: Melukis dan melakukan tugas dengan mudah
Skrin Tulis:  Menulis seseuatu pada imej

Spesifikasi

Spesifikasi


Network dan Internet tanpa wayar :

GSM / 3G HSPA+ / LTE
GSM / HSPA+ / LTE
GSM / GPRS / EDGE (850 / 900 / 1,800 / 1,900MHz) support
HSPA+ (850 / 900 / 1,900 / 2,100MHz) support
LTE (800 / 850 / 900 / 1,800 / 2,100 / 2,600MHz)
802.11a/b/g/n/ac available
Wi-Fi Direct available
Bluetooth 4.0: PBAP, A2DP, AVRCP, HFP, HSP, OPP, SAP, HID, PAN, DI, MAP
NFC available
DLNA, MHL 2.0 support
KIES, KIES Air support

Paparan :

Full HD super AMOLED Technology
16M Colour Depth
5.7" Size
1920 x 1080 Resolution
S Pen

Memori :

32GB Memory

Sensor :

Accelerometer, Geomagnetic, Gyro, RGB light, Proximity, Gesture, Temperature & Humidity, Hall
Colour
Jet Black, Classic White, Red, Pink

Bateri :

3,200mAh Standard Battery

OS :

Android 4.3 support

Chipset : 

Quad available
2.3GHz Quad GHz CPU Speed

Kamera :

CMOS, 2MP Megapixels Camera Resolution (Front)
CMOS, 13MP Megapixels Camera Resolution (Rear)
Power HCRI LED (1EA) Flash
Auto Focus available

Spesifikasi Fizikal : 

151.2 x 79.2 x 8.3mm Dimensio n (H x W x D)
168g Weight

Penyambung :

USB 2.0, USB 3.0 (MTP only)
3.5mm Stereo Earjack
MicroSD External Memory Slot (up to 64GB)
Micro SIM (3FF) support
Micro USB 3.0 (5.3V, 2A) Connector
MHL available

Harga:

RM 1670 - 1700 (AP)

Video Review:




Screenhot :


Samsung GALAXY Note 3

Samsung GALAXY Note 3

Samsung GALAXY Note 3

Samsung GALAXY Note 3

5 tip untuk memperbaiki memori anda

5 tip untuk memperbaiki memori anda


Sentiasa kehilangan anak kunci kereta ? Lupa senarai perkara yang ingin dibeli ? Sentiasa lupa apa yang di pesan guru ketika mengajar ? Tidak mengapa kerana anda tidak bersendirian. Hampir semua orang sentiasa lupa perkara yang mereka lakukan setiap hari. Namun perkara begini tidak boleh di ambil ringan. Oleh itu anda haruslah mengamalkan beberapa tip yang mudah ini Insyaallah ia dapat menajamkan memori anda.

1. Sentiasa melatih otak anda dengan aktiviti yang menajamkan pemikiran

Lakukan teka teki silang kata, main permainan sudoku , baca bahagian surat khabar yang sentiasa anda tinggalkan, lalu jalan yang berlainan ketika menaiki kenderaan, dan belajar bermain alat muzik. Aktivi seperti ini dapat merangsang perkembangan otak anda dengan baik.

2. Sentiasa bersosial

Interaksi sosial membantu anda menangkis kemurungan dan tekanan. Kemurungan dan tekanan boleh melemahkan daya ingatan anda .Mencari peluang untuk bersama-sama dengan orang yang tersayang, rakan-rakan dan ahli keluarga terutamanya jika anda tinggal bersendirian dapat mengurangkan ganguan tekanan. Apabila anda dijemput untuk menghadiri sesuatu acara, terima sahaja jemputan tersebut agar hidup anda sentiasa bersosial.

3. Sentiasa dalam keadaan teratur

Anda lebih cenderung untuk menjadi pelupa sekiranya rumah anda sentiasa dalam keadaan bersepah dan nota catitan anda dalam keadaan tidak teratur. Catit setiap perkara yang penting seperti kerja rumah , tugasan harian, tarikh penting di dalam buku nota , kalander atau  telefon bimbit. Sambil mencatit sambil mengulangi perkataan yang dicatit bagi membantu  mengukuhkan ingatan anda. Sediakan tempat tertentu untuk menyimpan kunci,dompet dan keperluan lain. Elakkan diri dari melakukan dua perkara atau lebih dalam satu masa sekaligus.

4. Tidur secukupnya


Tidur memainkan peranan penting dalam membantu anda mendapatkan rehat dan ketenangan diri. Oleh itu, sentiasalah berusaha untuk mendapatkan tidur yang mencukupi. Kebiasaannya ,orang dewasa memerlukan waktu tidur sebanyak tujuh hingga lapan jam sehari.


5.Mendapatkan Rawatan dari Doktor sekiranya anda mempunyai penyakit yang kronik

Mendapatkan nasihat doktor sekiranya anda menghadapi penyakit yang kronik seperti kemurungan, masaalah buah pinggang dan tiroid. Semakin baik anda menjaga diri anda, semakin baiklah ingatan memori anda. Di samping itu, mendapatkan ubat-ubatan daripada doktor pakar yang boleh membantu masaalah ingatan anda.


5 Android App yang boleh menjana pendapatan

5 Android App yang boleh menjana pendapatan


Berapa banyak yang anda bayar untuk mendapatkan satu peranti Android? Tahukah anda dengan hanya mengunakan aplikasi android anda boleh menjana wang dan mendapat ganjaran? Caranya amat mudah dengan hanya  melakukan beberapa tugas yang diberi dan ganjaran akan diberikan dalam bentuk kad hadiah,redeemables dan juga wang tunai yang sebenar. Berikut merupakan 5 applikasi android yang boleh menjana pendapatan:


1. App Treler 


App Treler

Dengan app ini anda hanya perlu menonton video trailer yang ada dan berkongsi pendapat yang jujur mengenai trailer tersebut bagi membantu pembuat applikasi untuk meningkatkan mutu app mereka. Ganjarannya ialah anda akan dibayar sebanyak 50% bagi setiap video yang ditonton. Untuk yang mencuba demo ( daripada applikasi) , anda akan dibayar antara 9 sen hingga satu dollar bagi setiap demo app yang di download. Bagi yang mempromosikan app Treler , mereka akan diberikan sebanyak 50 mata ganjaran untuk setiap orang yang menyertai app menggunakan link yang dipromosikan.


Platform: Android

2. ESPN Streak for the Cash


ESPN Streak for the Cash


Apa yang perlu anda lakukan dengan app ini ? Tidak perlu berfikir panjang , anda hanya perlu meramalkan pasukan mana yang akan menang bagi setiap perlawanan dari hari ke hari . Bagi mereka yang berjaya meramal dengan betul secara berturut-turut sebanyak 25 kali dalam sebulan akan di berikan ganjaran sebanyak 50 000 USD bersamaan dengan RM 15 000 . 

Platform:  Android


3. Get Paid to Play!

Get Paid to Play!

Tonton beberapa iklan video, muat turun applikasi permainan dan main dalam masa beberapa minit kemudian anda akan diberi ganjaran di antara 9 sen hingga 1 dollar usd . Wang tunai boleh diperolehi melalui Paypal.

Platform: Android

4. Npolls

Npolls


Berkongsi pendapat anda dengan menjawab soalan yang diberikan .Topik soalan yang diberi meliputi pelbagai bidang iaitu politik, sukan, trend sosial, gaya hidup, jenama dan banyak lagi. Anda dibayar  kira-kira 20 sen bagi setiap soalan yang dijawab.

Platform: Android

5. JunoWallet

JunoWallet


Main permainan, menonton video, kaji selidik dengan selengkapnya dan menjemput  rakan-rakan anda untuk menyertai JunoWallet. Ganjaran diberikan dalam bentuk kad hadiah seperti Google ticket dan amazon reedem point.

Platform: Android




Friday 28 March 2014

Bekam Amalan Nabi

Mengenali Bekam

Bekam Amalan Nabi


Bekam merupakan terapi yang sangat dianjurkan oleh penduduk langit. Nasihat ini merupakan penghormatan para malaikat sebagai sambutan atas kunjungan Nabi SAW. Bekam ialah  nasihat emas daripada para malaikat yang berbakti kepada penghulu manusia pada malam yang diberkati. Ramai dalam kalangan kita apabila disebut tentang berbekam, apa yang terbayang di mata kita amlan berbekam itu hanya melibatkan gambaran yang mengerikan seperti torehan pisau, darah yang banyak memenuhi mangkuk atau cawan bekam, kesakitan yang amat sangat, terdedah kepada risiko komplikasi penyakit lain dan sebagainya.

Menjelaskan berkaitan salah faham mengenai bekam sunnah kata Mohd. Gadafi,  semua gambaran di atas adalah salah dan satu persepsi yang negatif serta tidak adil terhadap bekam sunnah. Jelasnya , bekam adalah pengeluaran darah dari permukaan kulit untuk tujuan pengubatan dan mengekalkan kesihatan, Bekam juga disebut satu proses terapi untuk membuang darah kotor atau darah toksik yang terdapat pada bahan seseorang.

"Bekam dipercayai telah wujud sejak zaman purba seperti di Greek dan Mesir. Pada masa itu bekam adalah dengan menggigit kulit untuk mengeluarkan darah sebelum ia disedut. Pada zama Nabi Musa , bekam turut digunakan untuk , menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. " Jelasnya.

Bekam ialah satu daripada cara perubatan yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Baginda mengiktiraf bekam ini sebagai perubatan yang paling baik, sama ada untuk perawatan ( curative ) atau pencegahan ( preventive ) sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis. :

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.huma., bahawa Rasulullah SAW bersabda : 

" Penyembuhan boleh dilakukan dengan salah satu daripada tiga cara iaitu dengan pisau menyayat pada tempat berbekam atau menelan seteguk madu atau tuaman besi dengan api. Aku menegah umatku daripada tuaman besi panas (al-Kay)." 
(Riwayat al-Bukhari no. 5681)

Pada zaman Rasulullah SAW, bekam adalah dengan menggunakan tanduk. Pengamal bekam turut memantapkan diri dengan ayat-ayat seperti ayat al-Kursi , doa dan selawat syifa, sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW, membaca surah al-Ikhlas , surah al-Falaq dan surah an-Nas. Ini semuanya perlu kerana bekam bukan sahaja meyembuhkan racun atau toksik di dalam badan tetapi juga sihr.