Saturday, 29 March 2014
Amar bin Tsabit : Syahid Selepas Bersyahadah
Segala-galanya sudah diputuskan . Hati sudah nekad dan niat sudah bulat . Biar apa pun yang terjadi , pergi tetap pergi. Berpantang maut sebelum ajal. Gendang peerang sudah pun dipalu . Rasulullah SAW sedang bersiap diri untuk menyahut bunyi paluan itu . Gemanya beralun memenuhi ruang angkasa . Kemudian menjauh dan terus menjauh dibawa terbang dek deru angin padang pasir hingga ke lereng-lereng perbukitan di dataran Uhud. Di sanalah medan tempurnya. Rasulullah SAW melemparkan pandangan ke arah sekumpulan sahabat yang sedang menunggu Baginda. Daripada warna wajah mereka , secalit pun tidak terlukis bayang-bayang takut atau cemas . Tiada apa yang perlu ditakutkan kirannya bunyi semboyan perang itu adalah suara-suara lambaian sang bidadari di taman Syurga.
"Salam ke atas engkau , wahai Nabi Allah ," ucap satu suara tiba-tiba. Rasulullah SAW lantas berpaling . Air muka baginda sedikit bertukar , seketika. " Untuk apa engkau ke mari , wahai Amar bin Tsabit ? " Rasulullah SAW mengaju pertanyaan. " Wahai nabi Allah, aku meminta belas ihsanmu . Islamkan aku, " kata Amar sungguh-sungguh . Tuntutan itu mengejutkan Rasulullah SAW . Namun baginda menyambut dengan senyum kesyukuran. Apabila Allah SWT melimpahkan taufik dan petunjuk-Nya ke dalam hati seseorang hamba-Nya, mudah sahajaa berlaku perubahan meskipun mendadak dan tidak pernah terduga oleh sesiapa. Amar bin Tsabit terkenal sebagai seorang yang angkuh . Berasal dari Bani Asyhali. Ketika kaumnya berbondong-bondong masuk Islam , Amar menjauhkan diri . Walhal , Saad bin Muaz, tokoh terkemuka Bani Asyhali juga menerima seruan Rasulullah SAW. Medan Uhud menyaksikan kehebatan Amar bin Tsabit berperang sebagai pahlawan yang baru dianugerahi bintang ke-Islaman. Penganugerahan yang dibuat pada saat-saat yang agak genting, sebentar sahaja sebelum berangkat ke medan perang ternyata mendatangkan keuntungan kepada tentera Muslimin.
Namun begitu , Amar bin Tsabit r.a tidak sempat meyaksikan babak - babak akhir peperangan . Maut terlebih dahulu datang menjemputnya . Amar gugur sebagai seorang syahid . Apabila berita kematian Amar disampaikan kepada Rasulullah SAW, Baginda menjawab " Amar akan berada di syurga." Iman yang baru sahaja bertunas di dalam jiwa Amar telah menjadikan laluannya menuju Allah SWT sangat selesa, aman dan tenteram . Demikianlah kesan dakwah Rasulullah SAW , seorang yang baru sahaja beriman tidak teragak-agak menyerahkan diri sepenuhnya kepada perjuangan Islam. Kisah Amar bin Tsabit ini sungguh menarik dijadikan iktibar, mendorong Abu Hurairah r.a melontarkan soalan mengenainya kepada sekumpulan kaum Muslimin . " Cuba kamu katakan kepadaku , siapakah yang masuk syurga sedangkan dia tidak pernah solat kepada Allah walaupun sekali ?" " Jika kamu tidak menjawab , aku akan beritahu , " kata Abu Hurairah lagi apabila pertanyaannya tidak disambut . " Dia ialah Amar bin Tsabit bin Waqsy. "
Dzikir untuk menghilangkan rasa marah
" Aku berlindung diri dengan Allah dari syaitan yang terkutuk , ya Allah ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku, dan lepaskanlah akan daku dari syaithan yang terkutuk. "
Menurut riwayat Al-Bukhary Muslim, Nabi SAW mengatakan kepada seoarang sahabat setelah melihat orang itu telah memuncak kemarahannya. Saya mengetahui suatu kalimat, sekiranya dibacakannya, hilanglah kemarahanmu yaitu : "Ta'awwudz ini. "
Menurut riwayat Ibnu Sunny, ' Aisyah pada suatu hari marah, maka Nabi SAW bersabda kepadanya : " Ya Uwaisy , bacalah olehmu dzikir ini, supaya hilanglah marahmu." ( Al Adzkar : 132 ).
Hukum Amalan Khurafat di Pulau Besar
Muzakarah telah memutuskan fatwa mengenai Kedudukan Amalan Khurafat di Pulau Besar Melaka yang diadakan pada 3-5 Februari 2014 dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke 105 bahawa:
Amalan dan perbuatan Ghuluw seperti bertawassul,berdoa, bermeditasi, dan memohon hajat di sisi kubur yang ada di sekitar Pulau Besar boleh membawa kepada syirik.
Memuja kubur Tujuh Beradik, kubur Syarifah Rodziah, kubur Syeikh Yusuf, kubur Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail, kubur Tok Janggut, Batu Belah, Gua Yunus, Tempayan Pecah, perigi Nenek Kebayan, tasik bunian, kubur Nenek Kebayan, tasik biawak dan pokok disula untuk mendapatkan bantuan adalah syirik.
Handphone : Samsung GALAXY Note 3
Ciri-ciri Produk
Design Premium
Galaxy Note 3 merupakan evolusi terkini produk Samsung yang berevolusi dari Samsung Galaxy Note 2 kepada Galaxy Note 3. Mempunyai keupayaan yang melebihi jangkaan anda. Dilengkapi dengan penutup kulit yang lembut di belakang telefon yang berfungsi sebagai perlindung daripada calar dan retak.
Air Command
Dengan S Pen hidup akan lebih mudah dan teratur.Letakkan mata pen pada skrin dan klik butang pen untuk mengakseskan 5 kegunaan S Pen :
Action Memo : Aktifkan memo anda serta-merta
Buku skrap: Menguruskan maklumat penting dalam hidup andaS Finder: Mencari maklumat dari telefon ke web
Pen Tetingkap: Melukis dan melakukan tugas dengan mudah
Skrin Tulis: Menulis seseuatu pada imej
Spesifikasi
Network dan Internet tanpa wayar :
GSM / 3G HSPA+ / LTE
GSM / HSPA+ / LTE
GSM / GPRS / EDGE (850 / 900 / 1,800 / 1,900MHz) support
HSPA+ (850 / 900 / 1,900 / 2,100MHz) support
LTE (800 / 850 / 900 / 1,800 / 2,100 / 2,600MHz)
802.11a/b/g/n/ac available
Wi-Fi Direct available
Bluetooth 4.0: PBAP, A2DP, AVRCP, HFP, HSP, OPP, SAP, HID, PAN, DI, MAP
NFC available
DLNA, MHL 2.0 support
KIES, KIES Air support
Paparan :
Full HD super AMOLED Technology
16M Colour Depth
5.7" Size
1920 x 1080 Resolution
S Pen
Memori :
32GB Memory
Sensor :
Accelerometer, Geomagnetic, Gyro, RGB light, Proximity, Gesture, Temperature & Humidity, Hall
Colour
Jet Black, Classic White, Red, Pink
Bateri :
3,200mAh Standard Battery
OS :
Android 4.3 support
Chipset :
Quad available
2.3GHz Quad GHz CPU Speed
Kamera :
CMOS, 2MP Megapixels Camera Resolution (Front)
CMOS, 13MP Megapixels Camera Resolution (Rear)
Power HCRI LED (1EA) Flash
Auto Focus available
Spesifikasi Fizikal :
151.2 x 79.2 x 8.3mm Dimensio n (H x W x D)
168g Weight
Penyambung :
USB 2.0, USB 3.0 (MTP only)
3.5mm Stereo Earjack
MicroSD External Memory Slot (up to 64GB)
Micro SIM (3FF) support
Micro USB 3.0 (5.3V, 2A) Connector
MHL available
Harga:
RM 1670 - 1700 (AP)
Video Review:
Screenhot :
5 tip untuk memperbaiki memori anda
Sentiasa kehilangan anak kunci kereta ? Lupa senarai perkara yang ingin dibeli ? Sentiasa lupa apa yang di pesan guru ketika mengajar ? Tidak mengapa kerana anda tidak bersendirian. Hampir semua orang sentiasa lupa perkara yang mereka lakukan setiap hari. Namun perkara begini tidak boleh di ambil ringan. Oleh itu anda haruslah mengamalkan beberapa tip yang mudah ini Insyaallah ia dapat menajamkan memori anda.
1. Sentiasa melatih otak anda dengan aktiviti yang menajamkan pemikiran
Lakukan teka teki silang kata, main permainan sudoku , baca bahagian surat khabar yang sentiasa anda tinggalkan, lalu jalan yang berlainan ketika menaiki kenderaan, dan belajar bermain alat muzik. Aktivi seperti ini dapat merangsang perkembangan otak anda dengan baik.
2. Sentiasa bersosial
Interaksi sosial membantu anda menangkis kemurungan dan tekanan. Kemurungan dan tekanan boleh melemahkan daya ingatan anda .Mencari peluang untuk bersama-sama dengan orang yang tersayang, rakan-rakan dan ahli keluarga terutamanya jika anda tinggal bersendirian dapat mengurangkan ganguan tekanan. Apabila anda dijemput untuk menghadiri sesuatu acara, terima sahaja jemputan tersebut agar hidup anda sentiasa bersosial.
3. Sentiasa dalam keadaan teratur
Anda lebih cenderung untuk menjadi pelupa sekiranya rumah anda sentiasa dalam keadaan bersepah dan nota catitan anda dalam keadaan tidak teratur. Catit setiap perkara yang penting seperti kerja rumah , tugasan harian, tarikh penting di dalam buku nota , kalander atau telefon bimbit. Sambil mencatit sambil mengulangi perkataan yang dicatit bagi membantu mengukuhkan ingatan anda. Sediakan tempat tertentu untuk menyimpan kunci,dompet dan keperluan lain. Elakkan diri dari melakukan dua perkara atau lebih dalam satu masa sekaligus.
4. Tidur secukupnya
Tidur memainkan peranan penting dalam membantu anda mendapatkan rehat dan ketenangan diri. Oleh itu, sentiasalah berusaha untuk mendapatkan tidur yang mencukupi. Kebiasaannya ,orang dewasa memerlukan waktu tidur sebanyak tujuh hingga lapan jam sehari.
5.Mendapatkan Rawatan dari Doktor sekiranya anda mempunyai penyakit yang kronik
Mendapatkan nasihat doktor sekiranya anda menghadapi penyakit yang kronik seperti kemurungan, masaalah buah pinggang dan tiroid. Semakin baik anda menjaga diri anda, semakin baiklah ingatan memori anda. Di samping itu, mendapatkan ubat-ubatan daripada doktor pakar yang boleh membantu masaalah ingatan anda.
5 Android App yang boleh menjana pendapatan
02:04
Android App yang boleh menjana pendapatan, Android app yang menghasilkan duit, Android app yang menghasilkan wang, aplikasi android, Komputer
No comments
Berapa banyak yang anda bayar untuk mendapatkan satu peranti Android? Tahukah anda dengan hanya mengunakan aplikasi android anda boleh menjana wang dan mendapat ganjaran? Caranya amat mudah dengan hanya melakukan beberapa tugas yang diberi dan ganjaran akan diberikan dalam bentuk kad hadiah,redeemables dan juga wang tunai yang sebenar. Berikut merupakan 5 applikasi android yang boleh menjana pendapatan:
1. App Treler
Dengan app ini anda hanya perlu menonton video trailer yang ada dan berkongsi pendapat yang jujur mengenai trailer tersebut bagi membantu pembuat applikasi untuk meningkatkan mutu app mereka. Ganjarannya ialah anda akan dibayar sebanyak 50% bagi setiap video yang ditonton. Untuk yang mencuba demo ( daripada applikasi) , anda akan dibayar antara 9 sen hingga satu dollar bagi setiap demo app yang di download. Bagi yang mempromosikan app Treler , mereka akan diberikan sebanyak 50 mata ganjaran untuk setiap orang yang menyertai app menggunakan link yang dipromosikan.
Platform: Android
2. ESPN Streak for the Cash
Apa yang perlu anda lakukan dengan app ini ? Tidak perlu berfikir panjang , anda hanya perlu meramalkan pasukan mana yang akan menang bagi setiap perlawanan dari hari ke hari . Bagi mereka yang berjaya meramal dengan betul secara berturut-turut sebanyak 25 kali dalam sebulan akan di berikan ganjaran sebanyak 50 000 USD bersamaan dengan RM 15 000 .
Platform: Android
3. Get Paid to Play!
Tonton beberapa iklan video, muat turun applikasi permainan dan main dalam masa beberapa minit kemudian anda akan diberi ganjaran di antara 9 sen hingga 1 dollar usd . Wang tunai boleh diperolehi melalui Paypal.
Platform: Android
4. Npolls
Berkongsi pendapat anda dengan menjawab soalan yang diberikan .Topik soalan yang diberi meliputi pelbagai bidang iaitu politik, sukan, trend sosial, gaya hidup, jenama dan banyak lagi. Anda dibayar kira-kira 20 sen bagi setiap soalan yang dijawab.
Platform: Android
5. JunoWallet
Platform: Android
Friday, 28 March 2014
Bekam Amalan Nabi
Mengenali Bekam
Bekam merupakan terapi yang sangat dianjurkan oleh penduduk langit. Nasihat ini merupakan penghormatan para malaikat sebagai sambutan atas kunjungan Nabi SAW. Bekam ialah nasihat emas daripada para malaikat yang berbakti kepada penghulu manusia pada malam yang diberkati. Ramai dalam kalangan kita apabila disebut tentang berbekam, apa yang terbayang di mata kita amlan berbekam itu hanya melibatkan gambaran yang mengerikan seperti torehan pisau, darah yang banyak memenuhi mangkuk atau cawan bekam, kesakitan yang amat sangat, terdedah kepada risiko komplikasi penyakit lain dan sebagainya.
Menjelaskan berkaitan salah faham mengenai bekam sunnah kata Mohd. Gadafi, semua gambaran di atas adalah salah dan satu persepsi yang negatif serta tidak adil terhadap bekam sunnah. Jelasnya , bekam adalah pengeluaran darah dari permukaan kulit untuk tujuan pengubatan dan mengekalkan kesihatan, Bekam juga disebut satu proses terapi untuk membuang darah kotor atau darah toksik yang terdapat pada bahan seseorang.
Bekam merupakan terapi yang sangat dianjurkan oleh penduduk langit. Nasihat ini merupakan penghormatan para malaikat sebagai sambutan atas kunjungan Nabi SAW. Bekam ialah nasihat emas daripada para malaikat yang berbakti kepada penghulu manusia pada malam yang diberkati. Ramai dalam kalangan kita apabila disebut tentang berbekam, apa yang terbayang di mata kita amlan berbekam itu hanya melibatkan gambaran yang mengerikan seperti torehan pisau, darah yang banyak memenuhi mangkuk atau cawan bekam, kesakitan yang amat sangat, terdedah kepada risiko komplikasi penyakit lain dan sebagainya.
Menjelaskan berkaitan salah faham mengenai bekam sunnah kata Mohd. Gadafi, semua gambaran di atas adalah salah dan satu persepsi yang negatif serta tidak adil terhadap bekam sunnah. Jelasnya , bekam adalah pengeluaran darah dari permukaan kulit untuk tujuan pengubatan dan mengekalkan kesihatan, Bekam juga disebut satu proses terapi untuk membuang darah kotor atau darah toksik yang terdapat pada bahan seseorang.
"Bekam dipercayai telah wujud sejak zaman purba seperti di Greek dan Mesir. Pada masa itu bekam adalah dengan menggigit kulit untuk mengeluarkan darah sebelum ia disedut. Pada zama Nabi Musa , bekam turut digunakan untuk , menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. " Jelasnya.
Bekam ialah satu daripada cara perubatan yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Baginda mengiktiraf bekam ini sebagai perubatan yang paling baik, sama ada untuk perawatan ( curative ) atau pencegahan ( preventive ) sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis. :
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.huma., bahawa Rasulullah SAW bersabda :
" Penyembuhan boleh dilakukan dengan salah satu daripada tiga cara iaitu dengan pisau menyayat pada tempat berbekam atau menelan seteguk madu atau tuaman besi dengan api. Aku menegah umatku daripada tuaman besi panas (al-Kay)."
(Riwayat al-Bukhari no. 5681)
Pada zaman Rasulullah SAW, bekam adalah dengan menggunakan tanduk. Pengamal bekam turut memantapkan diri dengan ayat-ayat seperti ayat al-Kursi , doa dan selawat syifa, sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW, membaca surah al-Ikhlas , surah al-Falaq dan surah an-Nas. Ini semuanya perlu kerana bekam bukan sahaja meyembuhkan racun atau toksik di dalam badan tetapi juga sihr.
5 Negara Terhebat di Dunia
23:04
Amerika Syarikat, China, Info Menarik, Negara Terhebat, Negara Terkuat, Perancis, Russia, United Kingdom
1 comment
Kebanyakan negara-negara kuasa besar dunia berlumba-lumba dan bersaing sesama mereka untuk menojolkan kegagahan dan kekuasaan mereka di mata Dunia. Samaada dari segi ekonomi, sains dan ketenteraan . Berikut merupakan 5 negara yang mepunyai kuasa ketenteraan terbesar di abad ini.
1. Amerika Syarikat

Bajet Pertahanan : 689 Billion USD
Sumber Tenaga : Tentera Aktif 1.47 juta
Pesawat : Pesawat - 15 293 Helikopter - 6 665
Armada : Pengangkut Pesawat -10 Kapal Perang - 24 Kapal Selam 71
Pangkalan Tentera : Korea Selatan, Guam, Jepun, UK, Diego Garcia, Guantanamo Bay, Cuba, Qatar
Senjata Nuklear : 8 500 peledak Nuklear
Peluru Berpandu Balistik : UGM 133 Trident II (Trident D5 ) - 11 300 KM
2. Rusia
Bajet Pertahanan : 64 Billion USD
Sumber Tenaga: Tentera Aktif 1.2 juta
Pesawat: Pesawat - 4 498 Helikopter -1 635
Armada: Pengangkut Pesawat -1 Kapal Perang - 5 Kapal Selam 58
Pangkalan Tentera: Ukrain, Syria , Tajikistan, Kyrgyzstan, Armenia
Senjata Nuklear: 10 000 peledak Nuklear
Peluru Berpandu Balistik: R360-M ( SS-18 Satan) 16 000 KM
3. United Kingdom
Bajet Pertahanan : 57 Billion USD
Sumber Tenaga: Tentera Aktif 224 500
Pesawat: Pesawat - 1 412 Helikopter -367
Armada: Pengangkut Pesawat -1 Kapal Perang - 13 Kapal Selam 10
Pangkalan Tentera: Scotland,Cyprus,Jerman ,Gibraltar,Kenya,Sierra Leone , Falkland, Brunei, Kanada
Senjata Nuklear: 225 peledak Nuklear
Peluru Berpandu Balistik: -
4. China
Bajet Pertahanan : 129 Billion USD
Sumber Tenaga: Tentera Aktif 2.2 Juta
Pesawat: Pesawat - 5 048 Helikopter -901
Armada: Pengangkut Pesawat -1 Kapal Perang - 47 Kapal Selam 63
Pangkalan Tentera: -
Senjata Nuklear: 240 peledak Nuklear
Peluru Berpandu Balistik: DongFang SA (DF-SA)- 13 000 KM
5. Perancis
Bajet Pertahanan : 58 Billion USD
Sumber Tenaga: Tentera Aktif 362 485
Pesawat: Pesawat - 544 Helikopter - 410
Armada: Pengangkut Pesawat -1 Kapal Perang - 22 Kapal Selam - 22
Pangkalan Tentera: Abu Dhabi,Djibouti,Cameroon,Burkina Faso,R.Afrika Tengah,Gabon,Jerman
Senjata Nuklear: 300 peledak Nuklear
Peluru Berpandu Balistik: MS1 KBM - 10 000 KM
Nabi dan Rasul
Para Nabi dan Rasul Diutus Kepada Sekalian Manusia
Allah SWT mengutus para nabi dan rasul kepada sekalian manusia adalah untuk mengembangkan dakwah kepada hamba-hambaNya, memberi khabar gembira kepada orang yang beriman dan beramal soleh bahawa mereka akan mendapat pahala dan ganjaran yang baik, serta meberikan ancaman kepada orang-orang kafir yang mengingkari perintahNya bahawa mereka akan mendapat seksaan Allah kelak.
Firman Allah SWT:
"Dan tidaklah kami mengutus para rasul itu melainkan untuk memberi khabar gembira dan memberi peringatan. Barangsiapa beriman dan mengadakan kebaikan , maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati."
( al-An'am : 48 )
Perlantikan Nabi
Kita melantik seorang pemimpin berdasarkan pemilihan atau memutuskannya dengan suara terbanyak. Biasanya , seseorang itu dilantik menjadi pemimpin keran kepandaian, keturunan , kekayaan dan sebagainya. Akan tetapi kenabian itu merupakan kurnia Allah SWT yang di anugerahkan kepada hamba yang dikehendakiNya. Ia tidak boleh diperolehi dengan kemampuan akal, tidak boleh dicapai dengan usaha dan tidak pula diterima sebagai warisan.
Firman Allah SWT :
"Allah memilih utusan-utusanNya daripada malaikat dan manusia. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. "
(al -Hajj : 75 )
Jumlah Para Rasul Dan Nabi Yang Wajib Diimani
Sebenaranya jumlah para Nabi dan Rasul amat ramai. Namun yang wajib diimani dan yang terdapat dalam al-Quran hanya 25 nabi. Jumlah Kesemua ini akan diterangkan seperti mana yang terdapat dalam al-Quran .
FirmanNya:
" Dan kami telah mengutus para Rasul yang sungguh-sungguh telah kami kisahkan tentang mereka dan Rasul yang tidak Kami kisahkan tentang mereka kepadamu."
( an-Nisa' : 164)
Nabi ialah orang yang menerima wahyu untuk dirinya sendiri. Sedangkan Rasul di samping menerima wahyu untuk dirinya sendiri, mereka juga diwajibkan untuk menyampaikan wahyu itu kepada kaumnya (umatnya). Para Nabi dan Rasul telah menerima ilmu daripada Allah melalui akal dan pancaindera dengan berbagai cara. Di antaranya disampaikan secara langsung ke dalam hati, melalui malaikat yang menjelma manusia , melalui mimpi dan sebagainya. Inilah yang disebutkan wahyu.
Islam di Mexico
Hanya sedikit informasi mengenai kedatangan Islam di Mexico, tetapi kebanyakan mereka mengatakan bahawa Islam datang daripada immigrant samaada dari lubnan atau syria dan sebahagian dari mereka merupakan pendatang dari Mesir,Iran dan Turk. Mengikut kajian dari Institut Kebangsaan Statistik dan Geografi terdapat lebih kurang 3700 umat Islam di Mexico , majoritinya berfahaman Sunni.
Masjid di Mexico
![]() |
| Masjid Dar es Salaam |
- Masjid Suriya
- Masjid Dar es Salaam
- Masjid Tahaarah
- Masjid Al Kautsar
- Masjid Al Medina
- Majid Murabitun
Berikut merupakan dokumentasi yang dibuat oleh Vice Media mengenai Kehidupan penduduk Islam Mexico:
Game : Rome II Total War
Penghasil : The Creative Assembly
Penerbit : Sega
Tarikh Keluaran : 3 September 2013
Dekripsi :
Rome II merupakan game dimana anda adalah seorang Maharaja,jeneral dan panglima perang yang ditugaskan untuk menakluk seluruh eropah di zaman purba ,melancarkan serangan ke atas Kaum Gasar dan Babarian , membendung konflik politik dalaman dan luar tanah jajahan anda serta menyebarkan fahaman pengaruh anda.
Terdapat 117 negara di dalam kempen peta, masing-masing mempunyai bala tentera yang tersendiri dan agenda yang tertentu. Hanya 8 negara sahaja yang boleh dimainkan dan 8 negara tersebut dibahagikan kepada 8 kumpulan budaya iaitu budaya Hellenistic,Latin,Punic,Celtic,Germanic, Desert Nomadic, Tribal Nomadic dan Eastern. Setiapnya mempunyai misi tertentu seperti misi ketenteraan,perdagangan dan diplomasi.
Trailer :
Screenshot :
Movie : Life of Pie 2012

Life of Pie merupakan sebuah filem yang diadaptasikan dari sebuah novel yang berjudul Life of Pie . Filem ini mengisahkan pengembaraan seorang pemuda dari India bernama Piscine yang terselamat dari insiden kapal karam ketika dia dan ahli keluarganya dalam perjalananan ke Kanada . Insiden tersebut menyebabkan Piscine kehilangan ahli keluarganya dan terpaksa mengharungi cabaran hidup di atas kapal penyelamat bersama-sama 4 ekor haiwan : harimau, kuda belang,orang utan dan dubuk . Ketabahan dan kegigihan Piscine menyebabkan dia masih terus hidup walaupun terdampar di lautan selama berbulan-bulan lamanya.
Direktor : Ang Lee
Produser : Gill Netter
Ang Lee
David Womark
Tarikh Tayangan : 28 September 2012
Bajet : 120 million USD
Box Office : 609,016,565 USD
IMDB Rating : 8.1/10
Trailer :
Screenshot :









































_over_an_undisclosed_130317-F-BY961-.jpg)

.jpg)







.jpg)






