Mengenali Bekam
Bekam merupakan terapi yang sangat dianjurkan oleh penduduk langit. Nasihat ini merupakan penghormatan para malaikat sebagai sambutan atas kunjungan Nabi SAW. Bekam ialah nasihat emas daripada para malaikat yang berbakti kepada penghulu manusia pada malam yang diberkati. Ramai dalam kalangan kita apabila disebut tentang berbekam, apa yang terbayang di mata kita amlan berbekam itu hanya melibatkan gambaran yang mengerikan seperti torehan pisau, darah yang banyak memenuhi mangkuk atau cawan bekam, kesakitan yang amat sangat, terdedah kepada risiko komplikasi penyakit lain dan sebagainya.
Menjelaskan berkaitan salah faham mengenai bekam sunnah kata Mohd. Gadafi, semua gambaran di atas adalah salah dan satu persepsi yang negatif serta tidak adil terhadap bekam sunnah. Jelasnya , bekam adalah pengeluaran darah dari permukaan kulit untuk tujuan pengubatan dan mengekalkan kesihatan, Bekam juga disebut satu proses terapi untuk membuang darah kotor atau darah toksik yang terdapat pada bahan seseorang.
"Bekam dipercayai telah wujud sejak zaman purba seperti di Greek dan Mesir. Pada masa itu bekam adalah dengan menggigit kulit untuk mengeluarkan darah sebelum ia disedut. Pada zama Nabi Musa , bekam turut digunakan untuk , menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. " Jelasnya.
Bekam ialah satu daripada cara perubatan yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Baginda mengiktiraf bekam ini sebagai perubatan yang paling baik, sama ada untuk perawatan ( curative ) atau pencegahan ( preventive ) sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis. :
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.huma., bahawa Rasulullah SAW bersabda :
" Penyembuhan boleh dilakukan dengan salah satu daripada tiga cara iaitu dengan pisau menyayat pada tempat berbekam atau menelan seteguk madu atau tuaman besi dengan api. Aku menegah umatku daripada tuaman besi panas (al-Kay)."
(Riwayat al-Bukhari no. 5681)
Pada zaman Rasulullah SAW, bekam adalah dengan menggunakan tanduk. Pengamal bekam turut memantapkan diri dengan ayat-ayat seperti ayat al-Kursi , doa dan selawat syifa, sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW, membaca surah al-Ikhlas , surah al-Falaq dan surah an-Nas. Ini semuanya perlu kerana bekam bukan sahaja meyembuhkan racun atau toksik di dalam badan tetapi juga sihr.








0 comments:
Post a Comment