Saturday, 29 March 2014

Hukum Amalan Khurafat di Pulau Besar

Amalan Khurafat di Pulau Besar


Muzakarah telah memutuskan fatwa mengenai Kedudukan Amalan Khurafat di Pulau Besar Melaka yang diadakan pada 3-5 Februari 2014 dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke 105 bahawa:

Amalan dan perbuatan Ghuluw seperti bertawassul,berdoa, bermeditasi, dan memohon hajat di sisi kubur yang ada di sekitar Pulau Besar boleh membawa kepada syirik.

Memuja kubur Tujuh Beradik, kubur Syarifah Rodziah, kubur Syeikh Yusuf, kubur Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail, kubur Tok Janggut, Batu Belah, Gua Yunus, Tempayan Pecah, perigi Nenek Kebayan, tasik bunian, kubur Nenek Kebayan, tasik biawak dan pokok disula untuk mendapatkan bantuan adalah syirik.

0 comments:

Post a Comment