Saturday, 29 March 2014

5 tip untuk memperbaiki memori anda

5 tip untuk memperbaiki memori anda


Sentiasa kehilangan anak kunci kereta ? Lupa senarai perkara yang ingin dibeli ? Sentiasa lupa apa yang di pesan guru ketika mengajar ? Tidak mengapa kerana anda tidak bersendirian. Hampir semua orang sentiasa lupa perkara yang mereka lakukan setiap hari. Namun perkara begini tidak boleh di ambil ringan. Oleh itu anda haruslah mengamalkan beberapa tip yang mudah ini Insyaallah ia dapat menajamkan memori anda.

1. Sentiasa melatih otak anda dengan aktiviti yang menajamkan pemikiran

Lakukan teka teki silang kata, main permainan sudoku , baca bahagian surat khabar yang sentiasa anda tinggalkan, lalu jalan yang berlainan ketika menaiki kenderaan, dan belajar bermain alat muzik. Aktivi seperti ini dapat merangsang perkembangan otak anda dengan baik.

2. Sentiasa bersosial

Interaksi sosial membantu anda menangkis kemurungan dan tekanan. Kemurungan dan tekanan boleh melemahkan daya ingatan anda .Mencari peluang untuk bersama-sama dengan orang yang tersayang, rakan-rakan dan ahli keluarga terutamanya jika anda tinggal bersendirian dapat mengurangkan ganguan tekanan. Apabila anda dijemput untuk menghadiri sesuatu acara, terima sahaja jemputan tersebut agar hidup anda sentiasa bersosial.

3. Sentiasa dalam keadaan teratur

Anda lebih cenderung untuk menjadi pelupa sekiranya rumah anda sentiasa dalam keadaan bersepah dan nota catitan anda dalam keadaan tidak teratur. Catit setiap perkara yang penting seperti kerja rumah , tugasan harian, tarikh penting di dalam buku nota , kalander atau  telefon bimbit. Sambil mencatit sambil mengulangi perkataan yang dicatit bagi membantu  mengukuhkan ingatan anda. Sediakan tempat tertentu untuk menyimpan kunci,dompet dan keperluan lain. Elakkan diri dari melakukan dua perkara atau lebih dalam satu masa sekaligus.

4. Tidur secukupnya


Tidur memainkan peranan penting dalam membantu anda mendapatkan rehat dan ketenangan diri. Oleh itu, sentiasalah berusaha untuk mendapatkan tidur yang mencukupi. Kebiasaannya ,orang dewasa memerlukan waktu tidur sebanyak tujuh hingga lapan jam sehari.


5.Mendapatkan Rawatan dari Doktor sekiranya anda mempunyai penyakit yang kronik

Mendapatkan nasihat doktor sekiranya anda menghadapi penyakit yang kronik seperti kemurungan, masaalah buah pinggang dan tiroid. Semakin baik anda menjaga diri anda, semakin baiklah ingatan memori anda. Di samping itu, mendapatkan ubat-ubatan daripada doktor pakar yang boleh membantu masaalah ingatan anda.


0 comments:

Post a Comment